LIRIK LAGU SENYUM MINANG MANIS - SITI NURHALIZA

Kamis, 05 Januari 2012

Senyum Minang Manis – Siti Nurhaliza
Mencari senyum manis
Di mana menanti
Di hati sudi
Di sana mencari
Kasih bersulam
Rindu mandalam
Jiwa merasa

Tak tahan menanti lagi
Di sini bermimpi
Di sana mencari
Di titik bertemu
Dan akan bahagia

Hidup bersama selama lamnya
Bertemu mata memandang
Jatuh hati pandang pertama
Berdebar jantung tertawan
Mengidam kasih dan sayang

Mencari senyum manis
Di hati sudi
Di sana mencari
Kasih bersulam
Rindu mendalam
Jiwa merasa

Menjeling, menjeling, menjeling
Senyuman hati tergoda
Mengerdip, mengerdip, mengerdip
Mata bermain di sukma.

* * *

Judul Lagu Senyum Minang Manis
Penyanyi/Vocal Siti Nurhaliza
Kategori/Genre Lagu Melayu - Malaysia

Album-Lentera Timur
Tahun Rilis-2008


Lentera Timur - Album - Siti Nurhaliza
LENTERA TIMUR merupakan album terbaru Dato’ Siti Nurhaliza yang akan dipasarkan sebelum penghujung tahun ini yang mengetengahkan konsep tradisional kontemporari. Album ini amat bermakna buat Siti dan juga para peminatnya kerana selepas kemunculan album Sanggar Mustika, Siti hanya menghasilkan album berkonsepkan pop selama beberapa tahun.

Kerinduan peminat akan terubat dengan penghasilan terbaru menerusi album Lentera Timur yang membawa maksud lampu atau cahaya timur. Justeru pemilihan tajuk amat memberikan peranan kerana Siti mahu mengangkat muzik budaya bangsa dalam arus permodenan supaya terus menjadi cahaya kepada muzik nusantara atau timur.

Lebih bermakna, 9 buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan Januari tahun ini. Kesemua lagu ini dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama negara. Dua buah lagu lagi yang dipilih ialah ciptaan Katon Bagaskara dan Pak Ngah menjadikan sebelas lagu dalam album ini.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Di Kayangan Kita (Johari Teh / Keon), Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar), Cinta Ini (Katon Bagaskara)Ada Masa Mata (M.Nasir/Ad Samad),Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun), Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot), Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan), Di Taman Teman (Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun) dan Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah).

www.sitizone.com



Januari 05, 2012

0 komentar: