LIRIK LAGU DI KAYANGAN - SITI NURHALIZA

Rabu, 18 Januari 2012

Di Kayangan Kita - Siti Nurhaliza
Mataku memandang
Hatiku bergoncang
Bibirku berbisik
Menyebut namamu
Di langit terbentang
Awan berirama
Tertulis ini cinta kita

Kain yang ku pakai
Sulamnya sutera
Bukannya basahan

Hiasan diraja
Seri wajah kita
Menerangi senja
Terlupa malam dan siangnya

Jari jemariku
Bertaut sepuluh
Menyusunkan sembah
Hati nuraniku
Melafazkan Rindu
Kalam tak berubah

Bagai di kayangan
Kita disatukan
Dalam persandingan

Gelisah di kalbuku
Sesaat tidak bertemu
Ku bagaikan boneka
Tak mampu tak berupaya

Mencipta gembira
Mencipta gelora
Bercintalah sepenuhnya
Di kayangan indah kita
Sendiri

-- Musik --

Gelisah di kalbuku
Sesaat tidak bertemu
Ku bagaikan boneka
Tak mampu tak berupaya

Mencipta gembira
Mencipta gelora
Bercinta sepenuhnya
Di kayangan kita
Cinta di kayangan kita
Di kayangan kita
Di kayangan kita.

* * *
Judul Lagu Di Kayangan Kita
Penyanyi/Vocal Siti Nurhaliza
Kategori/Genre Lagu Melayu - Malaysia
Album Lentera Timur
Tahun Rilis-2008
Lentera Timur - Album - Siti Nurhaliza

LENTERA TIMUR merupakan album terbaru Dato’ Siti Nurhaliza yang akan dipasarkan sebelum penghujung tahun ini yang mengetengahkan konsep tradisional kontemporari. Album ini amat bermakna buat Siti dan juga para peminatnya kerana selepas kemunculan album Sanggar Mustika, Siti hanya menghasilkan album berkonsepkan pop selama beberapa tahun.

Kerinduan peminat akan terubat dengan penghasilan terbaru menerusi album Lentera Timur yang membawa maksud lampu atau cahaya timur. Justeru pemilihan tajuk amat memberikan peranan kerana Siti mahu mengangkat muzik budaya bangsa dalam arus permodenan supaya terus menjadi cahaya kepada muzik nusantara atau timur.

Lebih bermakna, 9 buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan Januari tahun ini. Kesemua lagu ini dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama negara. Dua buah lagu lagi yang dipilih ialah ciptaan Katon Bagaskara dan Pak Ngah menjadikan sebelas lagu dalam album ini.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Di Kayangan Kita (Johari Teh / Keon), Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar), Cinta Ini (Katon Bagaskara)Ada Masa Mata (M.Nasir/Ad Samad),Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun), Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot), Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan), Di Taman Teman (Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun) dan Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah).

www.sitizone.com

Disclaimer :  Blog http://lagu-kumpulirik.blogspot.co.id ini tidak menyediakan download dan link Download lagu
Di Kayangan Kita - Siti Nurhaliza. Blog  ini hanya menyediakan kumpulan lirik lagu dan terjemahan.Semua materi lagu dan lirik merupakan hak cipta dari pemilik yang bersangkutan. Belilah Kaset dan CD/DVD Asli-atau unduh dari situs resmi lagu yang bersangkutan.

Disclaimer: This blog http://lagu-kumpulirik.blogspot.co.id not provide downloads and links Download Songs
Di Kayangan Kita - Siti Nurhaliza. This only provides a collection of song lyrics and translation. All material songs and lyrics are copyright of their respective owners. Buy Cassettes and CD / DVD Original-or downloaded from the official website of the songs in question.



Januari 18, 2012

0 komentar: